Uthman bin Affan:'Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu adalah hatinya selalu berniat suci, lidahnya selalu basah dengan zikrullah, kedua-dua matanya menangis kerana penyesalan pada dosa yang dilakukannya, segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah danmereka mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.'
Ali bin Abi Talib berkata:'Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk, tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia, tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya, tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak, (memelihara diri dan hati-hati daripada dosa), dan tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling menyayangi.'
Friday, 12 August 2011
Abu Bakar berkata:'Orang yang bakhil itu tidak terlepas daripada salah satu empat sifat yang membinasakan,iaitu pertama, ia akan mati dan hartanya diambil oleh warisnya,lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.Kedua,hartanya diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim. Ketiga, hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan dipergunakan untuk kejahatan. Keempat, adakalanya harta itu dicuri dan dipergunakan pada jalan yang tidak berguna.'
Umar bin Khattab berkata:'Orang banyak ketawa kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barang siapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya terjaga.'
Subscribe to:
Posts (Atom)